اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ

-

Selasa, 15 September 2009

TITAS 2 TAMADUN PERIBUMI MALAYSIA

TAMADUN PERIBUMI MALAYSIA

Pendahuluan
• walaupun mengamalkan pindah randah ttpi hidup dlm aman damai, pelihara keharmonian sosial dan keseimbangan alam.
• Nilai peradaban yg tinggi:
- sis.keagamaan mantap, nilai murni dan peraturan adil.
- sis. budaya kompleks- adat.

Konsep Peribumi
• indigenous- kump2 etnik yg mnjadi pddk asal sesebuah wilayah atau negara.

Klasifikasi Peribumi Malaysia
• Org asli, Melayu dan natif Sabah dan Sarawak.
• Org asli - Semang-Negrito, Senoi dan Proto-Melayu - bertutur 12 bahasa (dan dialek). Semang-Negrito dan Senoi- Austroasiatik. Proto-Melayu- Austronesia.
• Natif Sabah - 39-52 etnik.
• Natif Sarawak - 4 kump utama-Bidayuh, Iban, Melayu, Melanau- bertutur bhs Austronesia.

Prasejarah dan sejarah
• Semang-Negrito dan Senoi- Hoabinhian- manusia purba pertama mendiami Sem. Malaysia (8000 SM).
• Diganti dgn Neolitik- budaya Ban Kao - pertanian, alat batu
• Pendatang Neolitik berkahwin dgn pddk Hoabinhian
• Kira2 1000 SM - Proto-Melayu dan deutro Melayu sampai ke Semenanjung.
• Alaf kedua Masihi - krjn2 Melayu tradisional terbtk.
• Prasejarah di Borneo- Sarawak - org Murut (dan Lun Bawang. Sabah – Kadazandusun.
• Penduduk awal Borneo berasal dr Mongoloid.

Adat
• Pengertian umum
i. Adat sbg hukum alam
ii. Adat sbg cara hidup

Organisasi Sosial
• Org asli – kekeluargaan dwisisi (ramage)
• Org Temiar dan Semai
o Gu – 10-25 klga
o lengrii/kampuk- wilayah
• ketua kelompok – org Semai- raknaa’
o org Temiar- tuaa’
o Temuan- Batin

Pengamal Perubatan Tradisional orang Asli
• Hala’- mengubat penyakit dan halau hantu.
• Pawang - ubat penyakit, halau hantu, kendali upacara berkaitan tanah.
• Bidan – menjaga dan mendptkan perlindungan supernatural utk ibu mengandung dan kanak-kanak.
• Peribumi Sarawak
- Iban, Kayan dan Kenyah – rumah panjang
- Iban – bilek- Tuai Bilek
- bejalai – merantau
- Tuai Rumah - ketua rumah panjang
- Tuai Burung - perantara makhluk ghaib
- Lemambang - pendeta keagamaan
- Manang- perubatan

• Peribumi Sabah
- Kadazandusun - Huguan Pogun - ketua kg.
- Sinompu’uvan do mohoingon tangaba’a koubasanan – Lembaga Adat.
- Bobohizan – perbomohan
- Pangazau – pahlawan
- Huguan Siou - ketua ulung

Ekonomi Tradisional
• Orang Semang-Negrito- pemburu dan pemungut hasil hutan.
• Wilayah yang diwarisi- saka’
• Orang Senoi- petani pindah.
• Wilayah – saka’
• Melayu Proto- maritim, bertani dan berniaga.
• Sabah dan Sarawak – tinggal di pesisir - perikanan, pertanian dan perdagangan.
• di lembah sungai- pertanian pindah, memburu dan memungut hasil hutan.


Agama dan Pantang Larang
• Kehidupan yang menekankan proses perseimbangan antara semua makhluk di alam nyata dan ghaib.

Agama Orang Asli Semenanjung Malaysia
• Makhluk mempunyai roh atau semangat.
• Org asli – kepercayaan kpd satu kuasa agung- Nyenang/Jenang (Semai), Moyang(Temuan), Tohan (Che Wong) dsbnya.
• Kuasa lain- petir iaitu makhluk menyerupai ungka. Dikenali sbg ngkuu’ (Semai), karei (Temiar dan Che Wong), gobar (Batek).




Agama Natif Sabah
• Kadazandusun-mempercayai semua objek mempunyai semangat. Semangat jahat- rogon.
• Omen (petanda/alamat)- semangat binatang dan makhluk hidup lain (selain manusia).
• dua jenis omen- membawa nasib baik dan buruk.
• Kinoringan dan Suminundu- kuasa agung.

Agama Natif Sarawak
• Iban - semangat (antu) dan tuhan (petara). Tuhan lain- bunsu ribut (tuhan angin), petara kebong langit (tuhan syurga), petara pucuk kaiyu (tuhan pucuk kayu) dan petara tengah tanah (tuhan bumi).
• Gawai - bertujuan memujuk, memperbaharui perlindungan dan kesyukuran.
• Tiga lagi tuhan - salampandai (pencipta manusia), palang gana (tuhan utama dalam pemujaan padi, singalang burung(tuhan perang).
• Tiga Antu - gerasi papa, antu bung kamba, antu kelansat- jahat.
• Dualisme tubuh dan semangat-semangat boleh keluar dr tubuh.
• Semangat manusia yg telah mati- tinggal di sebayan
• Kenyah - Bungan- Bungan Malan mengawal kesuburan dan kesihatan.

Pantang larang Org Asli
• Makanan dan Pemakanan- org Semai-melarang memakan makanan dari kategori yg berbeza spt ikan dan daging dlm satu masa. “Pergaduhan” Semangat makanan menghilangkan zat makanan dan menjadi racun. Melahirkan semangat jahat (nyaniik)yg baru iaitu penaliik menyebabkan salah caknak (salah makan).
o Org Batek, menimbulkan kemarahan gobar(penjaga makanan). Bencana spt hujan, ribut petir dsbnya.
o Kebanyakan org Asli melarang pembaziran nasi- semangat padi merajuk dan lari.
• Lawac (Batek-Negrito), terlaij (Semai)- larangan mempersendakan atau mentertawakan makhluk alam spt tumbuhan, binatang, serangga yg dijaga oleh tuhan petir(ngkuu’, karey atau karei) dan tuhan harimau. Samada dibunuh dan dimakan harimau atau semangat (ruwai)terbunuh.
• Tulah - akan berlaku apabila org muda mempersenda atau membantah ckp org lain. Tulah ialah kekotoran atau daki melekat di badan menyebabkan kesukaran bergerak, lembab berfikir dan menghilangkan keupayaan fizikal.

Pantang larang Natif Sarawak
• Lun Bawang- melarang mentertawakan makhluk2 rendah.
• Bisaya- tulah-mendidik masyarakat menghormati org tua.
• Kenyah-Pelabai- hukuman terhdp pesalah yg melakukan sumbang muhrim.

Nilai dan Norma
• Menghormati wargatua- dikawal oleh larangan tulah.
• Perkongsian- berkongsi semua sumber kehidupan spt tanah, binatang buruan, hasil hutan, tanggungjawab dab seumpamanya- dikawal oleh konsep kempunan (punan/puhnan). Puhnan- gejala atau kemalangan berlaku apabila seseorg gagal memenuhi hasrat menikmati makanan. Mangsa puhnan boleh ditimpa kemalangan.
• Bergotong royong- Ngeruyud (Lun Bawang)- menyelesaikan pekerjaan bersama-sama. Senguyun (Kenyah)- menyiapkan pekerjaan bersama secara bergilir-gilir iaitu ladang ahli yg menyertai senguyun dikerjakan mengikut giliran. Tuan tanah menyediakan makanan dan minuman semasa tanah mereka diusahakan oleh ahli-ahli.
• Berbudi bahasa dan jujur- dikawal oleh konsep tenghaak. Tenghaak- pembalasan di dunia terhadap sikap tidak jujur seperti kemalangan, kerugian, penyakit.
• Keberanian- kebanyakan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak spt Iban, Kenyah, Kayan dan Rungus- melindungi komuniti rumah panjang.
• Sistem nilai dan norma tlh diinstitusikan:
Sabah - Undang2 Anak Negeri.
Sarawak - Undang2 Adat Natif


Jadual A: ORANG ASLI SEMENANJUNG

Rumpun dan Suku Bangsa Bil. Penduduk
Semang-Negrito
Bateq,Jahai,Kensiu,Kintak,Lanoh,Mendriq 3172
Senoi
Che Wong,Jahut,Mahmeri,Semai,Semoq Beri, Temiar 59 440
Melayu-Proto
Jakun,Org Kanak,Org Kuala,Org Seletar, Semelai,Temuan 30 117
Jumlah 92 729
(Sumber: Ibu Pejabat JHEOA, 1995)


Jadual B: PERIBUMI SARAWAK

Bangsa dan Suku Bangsa Bil.Penduduk
Bidayuh 14 000
Iban 493 000
Melayu 348 000
Melanau 96 000
Lain-lain
Kenyah,Kayan,Ukit,Penan,Sekapan,Lahanan,
Lun Bawang,Kelabit,Berawan,Punan Bah 91 000
Jumlah 1 670 000
(Sumber: Nicholas dan Raajen, 1996)
Jadual C: PERIBUMI SABAH

Rumpun dan Suku Bangsa Bil.Penduduk
Dusunic
Dusun,Kadazan,Kimarang,Labuk,Lotud,Kuijau, Tatana, Tengara, Bisaya,Rungus,Dumpas 476 981
Paitanic
Tambuana,Kinabatangan Ulu, Sinabu, Lobuu/Rumanau,Sungai,Lingkabau 52 751
Murutic
Kolod/Okolo,Gana,Kalabakan,Sebangkung,Serudung Tagal/Sumambu,Baukan,Nabay,Timugon 63 803
Bonggi 1400
Illanun 11 415
Suluk/Tausug 25 062
Bugis -
Ida’an -
Bengkhak/Mangkaak 7055
Bajau 166 843
Tidung 17 809
Sino-Natif 23 865
Dayak 3234
Jumlah 856 518
(Sumber: Nicholas dan Raajen, 1996)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan